"Story Scene"

"Story Scene"

Straightedge berkembang dalam scene punk/hardcore.Oleh yang demikian,musik
memainkan peranan yang amat penting dalam straigtedge. Musiknya keras, laju dan
lirik yang penuh dengan kemarahan. Hardcore merupakan satu satu style yang
bermula sekitar 80-an. Akar musik hardcore adalah punk. Antara band-band
hardcore terawal adalah Black Flag, Minor Threat, Sick of it all, Bad Brains,
Fugazi dan lain-lain band punk era “2nd wave”. Mereka ini memainkan musik yang
lebih berat berbanding band-band punk awal seperti Sex Pistols, The Clash dan
lain-lain. Hardcore boleh dibahagikan kepada dua jenis, (pada kebiasaannya ia
dibahagikan dalam east coast atau west coast, ia terpulang dari mana band tersebut
bermain) . Jenis yang pertama agak lembut penyampaiannya dimana vokalisnya akan
membawa vokal bermelodi manakala jenis yang kedua pula lebih keras,rhythm main
dan berenti serta vokal yang menjerit. Dalam muzik hardcore juga terdapat old
school dan new school. Perbezaan dari segi musikal adalah, old school membawa
lagu yang lebih kearah muzik punk manakala new school lebih berorientasikan
musik metal. Didalam hardcore juga terdapat sub-genre yaitu musik emo. Music
emo menggabungkan music hardcore dengan musik yang lebih bermelodi dan
eksperimental. Fugazi merupakan antara band emo. Emo adalah berasal daripada
perkataan emotional. Dalam cerita klasik emo, emo kids akan menangis dalam gig.
tapi, emo tidak di sukai bagi para HC dan penganut genre metal.

Komentar

Postingan Populer